Wednesday, 28 March 2012

Khasiat Kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan“. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, “Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.-sumber

Berapa Lama Manusia Dapat Bertahan Tanpa Tidur?



Berapa lama anda dapat bertahan tanpa tidur? Faktanya, seseorang dapat terjaga (tidak tidur) selama 11 hari berturut-turut. Tetapi ada pada tahun 1964 di California, seorang siswi semasa di usia 17 tahun bernama Randy Gardner memutuskan untuk tidak tidur selama 11 hari (264 jam) berturut-turut. Penelitian menunjukkan, Randy akhirnya menderita masalah daya ingat, paranoia (ketakutan berlebihan) dan halusinasi.

Penelitian lain membuktikan, kekurangan tidur pada tikus dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Kurang tidur kronik juga dapat menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi, depresi, dan diabetes — baik pada manusia maupun haiwan.

Tahukah anda bahwa tidur dapat membantu otak kita mengembangkan dan membuat hubungan saraf otak, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengembalikan ingatan, memproses informasi dan membantu penyembuhan tubuh. Menurut polling National Sleep Foundation tahun 2011, 43 % dari warga AS mengatakan, mereka jarang atau tidak pernah mendapatkan tidur yang cukup pada malam hari. Sementara itu, 15 % orang dewasa dan 7 % dari anak usia 13-18 tahun hanya tidur kurang dari enam jam per hari.

Jadi, berapa banyak tidur yang anda benar-benar perlukan? Para pengkaji mengatakan bahwa tidak ada “angka wajib”, tetapi pada wanita umumnya tidur lebih lama daripada lelaki, dan bayi tidur lebih lama dari orang tua. Tubuh kita sebenarnya memaksa kita untuk tidur dengan penambahan kecil (disebut microsleeps) ketika kita sudah terlalu lama tidak beristirahat.

Anda sendiri bagaimana, dah cukup tidur?
 
yahoo kuu

Bahaya Penggunaan Kanta Lekap (Contact Lens)


Pernah guna contact lens? ataupun bahasa melayu nya kanta lekap mata? Dari hasil carian berkenaan kanta lekap satu isu yang mungkin anda pernah hadapi, mata merah selepas memakai kanta lekap.

Mungkin ini adalah kes2 di antara beratus kes yang ada. Kebiasaan untuk kelihatan cantik, ramai yang berhijrah mengunakan kanta lekap berwarna warni berbanding menggunakan cermin mata. Tanpa mengetahui risiko penggunaannya.


Gambar di atas adalah cubaan salah seorang pelajar dicina mencuba menggunakan “cotton bud” pada kanta lekapnya yang direndam didalam “solution” kanta lekap. Setelah itu kanta tersebut digosok dengan menggunakan cotton bud untuk lebih 30 minit. dan hasilnya kanta lekap itu pudar dan warnanya melekat di kapas.

Keghairahan untuk mempunyai mata yang cantik boleh menyebabkan seseorang yang memakai kanta lekap menjadi buta selamanya. Jadi bersyukurlah dengan warna mata semula jadi, dan lebih baik untuk anda gunakan cermin mata untuk kebaikkan mata anda. -Sumber
yahoo kuu

Model muda yang super cute

Diantara gambar-gambar model perempuan yang cilik dan termuda yang menceburi bidang model. Salah seorangnya ialah dari Brazil, Dabora (D├ębora Silva), 15 tahun kelahiran Goias, Annapolis, Brazil. Dilahirkan pada April 23, 1997.

Jom layan gambar model termuda yang cute nih :D








yahoo kuu
/