Monday, 30 April 2012

kasut aneh+pelik

assalammualaikum :)

tadi dah post pasal selipar rumput . sekarang , bile jalan2 pusing2 satu tempat nih : abg google .. jmpa pulak kasut aneh + pelik .. yelah , abad 21 kan . inovasi pulak mnjadi2 .. hahahaa .. GOOD JOB ..

tak payah citer panjang2 ..
jum kite layan jee kasut aneh :













p/s : aku lebih sanggup pakai selipar jepun .



Selipar pelik ni hanya untuk orang yg suka berkaki ayam!



Sebuah syarikat kasut di Australia, Kusa telah mereka satu selipar untuk mereka yang suka berkaki ayam ketika berjalan.

Dicipta dengan menggunakan rumput sintetik yang berkualiti tinggi, anda dapat merasakan yang anda sedang berjalan di atas rumput yang sebenar tanpa perlu risau dengan paku atau tahi anjing.

Jom lihat selipar tersebut.. cekidout! 





Kenapa ramai perempuan suka warna pink?



Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”. 

Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.

Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. 

Majoriti perempuan menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.

“Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert.
Boleh jadi ini akibat peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan.

Sedangkan lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil. Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca yang bagus untuk memburu.

Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.

Friday, 27 April 2012

citerKU melalut ke PESTA KAUL

Assalammulaikum ..

hai .. readeer2 skalian .. agak2 bpa lame dah tak post ttg diri aku kan .. hm . tak menghilang . cuma kbyakan post smthing yang berinformasi sikit . jadi . post ttg diri aku ntah kemana . so , hari ni jari jemari aku ligat menari atas keyboard nak citer2 ...

beberapa hari lepas hari yg agak sdikit malang apabila aku CUAI hilangkan telefon dia bagi . huhu .. sedih sgt .. dengan simcard ksyangan aku ... tak terkata bagaimana perasaan ini ..

kawan aku sorang boleh cakap aku cool jee bla hp aku hilang , die tak tahu aku malam2 buat tasik dalam bilik .. cepat2 kol celcom block kan sim aku .. taknak ade org kacau num tu . nnti boleh renew balik ..

dua tiga malam ni mmg asyik tdo lewat . ntah mengapa .. mgkin sbb mggu FINAL EXAM kot .. kesian kan . tme2 ceni juga hp boleh hilang .. HAHA ..

lepas ni nak trun pegi cafe or mne2 .. pengajaran  TAK PAYAH BAWAK HP kalau CUAI ... haha . 1st tme aku hilangkan bnda bharga .. kawan siap buat iklan carian di FB lagi . terima ksih kawan atas perhatian kamu semua ... nak mention jugak ke nma diorang ? emm. tak yah laa .. bak kata Dato' Siti Nurhaliza , BIARLAH RAHSIA .. haha

oekk .. satu hal malam ni satu bilik pecah dengan nyanyian SULU2(perempuan) kitok(disini) .. haha .. karoke td .. suara ntah ape2 . exam pn blom abis dah nak enjoy . belomm .. mgkin sbb nak hlangkan stres sikit sbb paper tadi buat aku nak pecah kpala ..

dah nak habis sem baru ditemani lampu romantik aku .. walaupn kadang2 lampu tu kelip2 .. menyeramkan pn ade jugak .. hiii .. esok ramai diorng nak pegi PESTA KAUL . mesti best kan . aku ?? pegi tak pegi tak pegi tak. Tak ! why ? nothing ..

PESTA KAUL mmg tak penah lagi pegi sbb aku baru jee ddk di MUKAH ni , and PESTA KAUL diadakan setiap tahun tiap2 bulan 4 (hujung bulan) ..banyak aktivti yang dianjurkan .. ade gerai2 .. n tengok gmbar kawan2 mmg best .

aku ade curi sikit dari abg google antara gambar2 pesta kaul .. check it out ~




permainan 'TIBAU'  


antara gerai2 yg ade ..

sedikit sebanyak ttg PESTA KAUL ni antara pesta salah satu kaum di Bumi Kenyalang ,Sarawak ... diwarisi oleh kaum Melanau Mukah yg terkenal sbg Nelayan . jadi pesta ni diadakan di mukah jee yee .. dikatakn pesta ni ade kaitan dengan Semangat Laut ..

selalunya budak2 sem 1 yang baru datang ke Mukah ni mmg takut bila dengar ttg pesta kaul ni . ade yang nak balik kmpng laa .. sbb word SEMANGAT2 tu seram utk budak baru .. aku pn bgitu dulu bile dgr Pesta Kaul ni . tp bile je Pesta Kaul tiba . ramai pulak pelajar isi mse lapang bile takde kelas pegi pesta tu .. ramai yg cakap best . takde pape pn yg jadi ye dak .. tpulang kat niat kite bgaimana nak anggp sesuatu pesta tu ... kalau utk pelajar seperti kami . niat anggp nak enjoy jee . hahaha . 

oke . stop smpai sini . melalut ke pesta pulak .. haha .. bye

2 paper to goo .. yeehhh

P/s: esok kwan2 ku nk pegi tu ... ambik gambar banyak2 yee ... 



Thursday, 26 April 2012

Segmen: Jom Singgah Blog Saya

assalamualaikum .

jmpa segmen ini dari BUSYRA TAKIYUDIN ..

Jom join ramai2 :)


nk join. klik banner yee :)

bye2:D


Wednesday, 25 April 2012

Risiko Berdengkur


BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur.

Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya. 

Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Info: Langkah pencegahan dengkur

» Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
» Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
» Memilih posisi tidur secara mengiring.
» Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
» Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

Awas wanita! Taktik baru PEROGOL



Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

» Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.
» Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Kenapa kita menguap?


Kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.

Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.

Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.

Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.

Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.

Dan ni pulak adab menguap…apa? ingat menguap xde adab ke?? ahakkkss

Adab Menguap

Menguap juga mempunyai adab, jangan main menguap macam buaya bukak mulut nak makan daging! buruk bebenor rupanya…. nak-nak lepas makan petai! ~pengsan~

Jadi, bagi menampakkan kita beradab, tutuplah mulut semasa menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.

So lepas ni, untuk diri aku dan korang semua, beradab la ketika menguap.. jangan sampai orang cakap "ko ni menguap macam orang nak beranak!" hahahaha

Antara sebab kenapa ramai orang ketagih blogging dan facebook



Satu kenyataan yang semakin hari sudah semakin boleh diterima oleh masyarakat Malaysia dimana sudah terbukti oleh ramai bloggers buat duit melalui blog adalah mudah dan tidak mustahil. Kerana situasi inilah, blogging semakin mendapat tempat malah mungkin akan menjadi satu profession yang lebih popular dari menjadi cikgu (atau seangkatan denganya).

Kenapa tidak? income dari blog mampu mencapai ribuan ringgit malah ada diantara blogger yang aku kenal mendapat income puluhan ribu ringgit sebulan. Jadi ramailah diantara kita terutama pelajar-pelajar universiti yang ingin mencuba nasib dengan menjadi seorang blogger dan kemudiannya terus addicteddengan dunia blog!

1. Ramai Followers dan “bajet” Popular Macam Artis!
Ada juga dalam kalangan blogger ini terasa dirinya sangat popular dan dikenal oleh ramai orang bahkan mungkin melabelkan diri mereka sebagai blogger paling glamour atau top blogger di Malaysia bila mana followers dah ribu-riban. Betul tak?

Ada yang kadang-kadang sampai ketagih nak balas komen, nak update entri dan edit blog sebab asyik fikir nak kasi visitors kagum dengan blog dia dan macam-macam lagilah. Nak mudah cerita, bajet cam artis gitu..

Ahaaakkss.. Mana taknya, cara diva-nya pun dah tergedik-gedik, penulisan pula memang mengada-ngada dan sebab rasa macam ada orang baca blog dia, jadi sebab itu rasa cam ketagih je nak update blog. ahhaakkss.. Ada ke macam ni? Tak ada kot! (bersangka baik).

2. Cari Jodoh atau Awek/ Pakwe!
Bagi mereka yang single pula, facebook ini memang satu tempat yang popular untuk berkenalan dan cari awek atau pakwe. Satu sebab kenapa orang cakap cari awek atau pakwe kat facebook ini mudah dan menarik ialah sebab di facebook ini kita boleh terus lihat gambar-gambar mereka yang kita suka itu.

Kiranya, bukan sekadar tahu nama sahaja, tetapi kita juga boleh tengok sendiri bagaimana rupa paras si dia! Jadi, tiada lagi istillah “salah date” yang berlaku dahulu kerana pergi dating tanpa kenal atau melihat dahulu si dia. Betul tak? Selain itu, aplikasi mutual friends juga membolehkan kita mengenai siapakah dalam kalangan sahabatnya adalah sahabat kita juga. 

Jadi, kalau ada apa-apa nak tahu tentang si dia, boleh kita tanya pada diorang terus, kan kan kan?

3. Suka Berbual-bual Kosong!
Ada dalam kalangan kita yang ketagih dengan facebook ini kerana suka sangat buang masa dan cakap-cakap kosong dengan kawan-kawan. Kalau dulu kena kuar rumah, pergi lepak di kopitiam 2,3 pagi, sekarang ini tidak lagi sebabnya kat bilik pun boleh on9 dan lepak-lepak. Bukan setakat nak chatting dengan kawan-kawan lama, tetapi juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Kalau bercakap bab berchatting ni rasanya sampai kesubuh pun belum tentu habis lagi. Kesimpulannya sesiapa yang suka borak-borak kosong ni pasti akan addicted dengan facebook! Jawabnya, time malam berjaga, esok pagi dalam kelas tidur. hahah (cam de pengalaman je).

4. Cari Kawan Lama!
Satu kelebihan tentang facebook ini ialah ramai yang menggunakannya. Jadi bila dah hampir setiap orang ada facebook, maka mudahlah untuk kita mencari balik rakan-rakan atau kenalan lama kita yang sudah terputus hubungan. Dengan hanya menaip namanya, insyaAllah silaturrahim yang sudah lama terputus atau hilang boleh disambung semula.

Tetapi, part yang tak bestnya ialah bila ada pula yang dah ketagih asyik nak search je kawan-kawan lama dan kalau tak jumpa pun masih tetap duduk search! Aduh, kalau dah tiada tu, terima sahajalah bahawa kemungkinan orang yang kamu cari itu mungkin tiada akaun facebook atau mungkin menggunakan nama samaran lain. Kan tak pasal-pasal habis laptop kena buang sebab mengamuk bila tak jumpa nak cari kawan lama.. Aishhh (bala tuu balaa).

5. Suka Cerita Tentang Diri Sendiri!
Memang ramai diantara kita kenal dengan “mereka” ini. Ya, cuba lihat pada HOME di Facebook anda dan lihat siapakah “mereka” ini. Kalau dan dalam masa sejam 4,5 kali duduk update status dia, maka sah lah dia lah yang aku maksudkan tu..

  • Selamat pagi dunia…. Mornik.. Wink4x…
  • Perut lapar….. Jom lunch!
  • Argh.. Tensionnya study!!
  • Ops… Sakit perut plak…
  • Off now.. Bath time..
  • Warghhhh.. Ngantuk nye.. nite semua…

Hahahah... Takkan sampai semua benda nak update? Buat malu je kan. Namun begitu, kalau dah seronok, maka benda ini boleh jadi ketagih dan bila dah ketagih, jangan kata nak makan, nak masuk tandas, nak pergi kencing pun di update dalam FB skali! So, kita sebagai kawannya akan tahu. (Owww, 54 second yang lepas dia pergi kencing aduaiii tak ke malu??) "melainkan kawan korang tu mmg muka tak malu" hahahah.

6. Asyik Fikir Nak Tulis Status yang Pelik-pelik!
Satu sebab lagi kenapa ramai diantara kita ketagih dengan facebook ialah kerana asyik fikir nak update status yang pelik-pelik. Makin pelik statusnya, maka makin hebatlah dia rasa. Kadang-kadang kita pun memainkan peranan bila mana mereka yang update status paling COOL inilah yang kita selalu komen. Jadi, semakin menjadi-jadilah kawan kita itu untuk update status yang lebih pelik lagi!

  • Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Jadi, kalau yang makan, sila hidup! ??
  • Kereta merah itu bukan keretaku! ??
  • Siapa yang lapar tapi tiada duit tapi rasa nak makan! ??

Aishhhh.. kadang-kadang aku sendiri pon tak paham.. pening pening!!

7. Upload Gambar, Mentang-mentang ada BlackBerry!
Snap gambar sana, snap gambar sini. Lepas itu terus upload dalam facebook. Almaklumlah, orang ada BB! Hahaha kalau yang ada BB, better kita jangan kacau, nanti silap-silap makin menjadi-jadi sebab BB dia kan "mahal" (mata ke atas, tangan di dada).

Tak salahpun nak snap gambar sana sini cumanya jangan jadikan habit untuk snap gambar candid kawan-kawan tanpa sedar dan terus upload gambar-gambar yang melucukan ke dalam FB! Mungkin niat bergurau itu akan berakhir dengan pergaduhan. Jadi kalau dah addicted itu apakan daya, yang boleh dibuat hanyalah berpada-padalah kita.. Ok?

8. Kaki Youtube dan Suka Share Video-video Pelik!
Memang kaki youtube ini suka sangat share video yang lawak-lawak dan merapu kat dalam FB diorang. Tak salah pun dan memang ramai yang dah addicted. Kalau dah sehari itu 3,4 jam dah spend kat youtube lepas itu 3,4 jam pula duduk melayan komen-komen orang tentang video yang telah di kongsikannya itu. 

Pecayalah, memang ada yang ketagih macam ini. Bagi mereka video yang diorang share itu macam dah jadi video diorang dah, makin ramai yang komen, makin seronok pula dia rasa. Huhuhu.. Ada ke orang macam ini? (tepuk dada tanya selera bro).

Lihat Balik Perkara 1 hingga 8!
SO, try korang review balik perkara 1 hingga 8 kat atas.. Ade tak sangkut dengan korang? hahaha, mesti tak ade kan.. Eh.. ke ade? (ade aku kesah??).

Kenapa perempuan suka bad mood?

Kenapa perempuan bad mood, moody or suka marah-marah dan hilang sikap cool dia ketika datang bulan, jadi sebagai perempuan mestilah diorang tahu sendiri kan, sebab dan musabab kenapa diorang marah tapi bagi orang lelaki macam aku nih, for sure berlegar di fikiran kami apa sebabnya yang mereka mesti bad mood..


Sebenarnya bukan aku tahu sangat tapi sejak minggu lepas aku diserang satu penyakit yang memang mengganggu perut ini iaitu gastrik, yang menyebabkan kesakitan yang melampau kepada perut aku.

Mana taknya, tiga malam nih memang tak cukup tidur aku diganggu penyakit nih, bukan sakit jer, badan pun jadi malas, bad mood, malas nak layan orang, kawan-kawan datang sembang pun macam layan tak layan jer, bukan sengaja tetapi sebab penat dan penat melayan kesakitan perut ini..

So lepas tiga empat hari merana sebab penyakit nih aku buat kesimpulan yang kesakitan ditanggung oleh kaum hawa ni lah yang menyebabkan mereka bad mood maybe kesakitan aku hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan kesakitan perempuan tu tapi serba sedikit aku dapat jugaklah memahami kesakitan yang ditanggung...

Patutnya semua lelaki kena sekali dapat penyakit gastrik nih untuk merasa kesakitan perut yang ditanggung oleh kaum hawa.. ye dak?? -Sumber

Kebaikan Mandi Waktu Subuh



Sudah semestinya ramai yang tidak mandi sebelum subuh melainkan dia nak pergi kerja,sekolah atau yang mmg sudah biasa mandi sebelum subuh. hik3. Biasa lah sejuk kan. Aku pun mana pernah mandi sebelum subuh. kantoi ! tak mandi. Hahahah. Aku mandi sebelum zohor or sebelum maghrib jer. haa ! (kantoi lagi sekali) Okay, now tengok ape kebaikan nyer. semoga selepas nie semua boleh mandi sebelum subuh ye!

1. Kulit lebih Lembut dan Halus
Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater' untuk mendapatkan air yang hangat dan mengilangkan kesejukan. Selepas itu, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan Peredaran Darah
Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rase letih.

3. Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testeron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. InsyaAllah dengan izin Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

5. Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Merah
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu,anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

P/S: Okay,ape lagi. bangun subuh terus mandi. hehehe syokk! :)

Rahsia tentang Buah Delima



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, Delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan Melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional Melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah Taala. -Sumber

Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakan-Nya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Madah Cinta Inspirasi Jiwa


Cinta sesuatu yang suci. Cinta juga boleh dianggap sumber inspirasi

Cinta ibarat anak kunci hati yang tidak akan mengizinkan semua ketukan lain kecuali cinta itu sendiri dan sang kekasih hati

Walau sekuat manapun cinta kita kepada seseorang, simpanlah sikit rasa keraguan di dalam hati. Agar bila suatu hari nanti kita diuji, kita tidak akan terus jatuh rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bangun semula

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Begitu juga dalam usaha meraih cinta si dia!

Bukan bererti si dia sering memaafkan, kamu terus mengulangi dengan kesalahan yang sama. Belajarlah mencintai tanpa menyakiti sekeping hati.



Jika melepaskannya memang jalan terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tetapi saling mendoakan kebahagiaan masing-masing.

Jangan berubah untuk menyenangkan seseorang yang kau cinta kerana ia mungkin tidak kekal lama. Tetapi berubahlah kerana Allah dan perubahan itu membuat peribadimu menjadi lebih baik.

Cinta sejati dilihat dari tindakan bukan dari sekadar janji-janji manis yang sebenarnya kosong belaka

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Janganlah menangis kerana putus cinta tetapi menangislah kerana dosa yang telah dilakukan semasa bercinta. Yang terbaik, bercintalah mengikut batas agama

Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan

Jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.

Lelaki selesa melafazkan kata CINTA sedangkan perempuan lebih gemar menyembunyikannya tetapi disampaikan melalui renungan matanya

Cinta, sesuatu yang subjektif dan cinta bukanlah sesuatu yang mampu kau jawab dengan logika

Cinta semestinya lebih indah dari tulisan cinta atau madah cinta jiwang yang kau baca ini! :)
/