Wednesday, 25 April 2012

Antara 10 yang terawal mendaftar di Facebook



Facebook sudah menjadi fenomena di dunia pada abad ini... Semua benda menggunakan Facebook. Artis, produk kecantikan, dan kebanyakan artis lah.. Malah ada blogger yang buat fans page untuk blog mereka (termasuk aku sendiri) tapi tahukan anda bahawa siapakah orang yang terawal yang mendaftar facebook nih??

Merekalah (bawah) antara 10 orang terawal yang mendaftar di rangkaian facebook..

 1. Mark Zuckerberg 
Sape lagi kan? Dia merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih. mestilah dia kan.. Dengan nombor id 4

 2. Chris Hughes 
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard. Selain menjadi co-founder facebook, Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.. Nombor id nya ialah 5

 3. Dustin Moskovitz 
Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard. Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$. Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia.. Nombor id nya ialah 6

 4. Arie Hasit 
Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg, ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard. Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel.. Nombor id nya ialah 7 (sekadar informasi)

 5. Marcel Georg├ęs Laverdet II 
(Aku tatau sangat pasal mamat nih) skit jer maklumat mengenai mamat nie. Dia bekerja di Facebook.. Nombor id nya ialah 10

 6. Soleio 
Soleio merupakan pegawai teknikal di Facebook. Antara tugasnya adalah memastikan segala operasi berjalan lancar. Nombor id nya ialah 11

 7. Chris Putnam 
Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook. tu jer ok.. Nombor id nya ialah 13

 8. Andrew McCollum 
Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi pereka design grafik pertama Facebook. Dialah yang mencipta logo facebook untuk pertama kalinya.. Nombor id nya ialah 26

9. Colin Kelly 
Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg juga. Kebanyakan pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya Facebook itu sendiri dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard. Nombor id nya ialah 27

10. Mark Kaganovich 
Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network seperti Facebook, tetapi dikhususkan untuk para ilmuan sahaja.. Nombor idnya ialah 28

P/S: Setakat itu sajelah yee..bye

0 comments:

/