Wednesday, 25 April 2012

Cara mengetahui Kek yang mengandungi campuran Arak



Korang biasa makan Kek yang dibeli di kedai atau pasaraya berhampiran? tahukah status Kek tersebut? bagaimana cara Kek tersebut di adun dan menjadikan kek tersebut lebih sedap dan tahan lama? haa, ini ada satu kisah benar di mana seorang chef sendiri telah berkongsikan pengalaman bagaimana cara mengetahui Kek tersebut di campurkan dengan Arak.. 

Pengalaman bekerja di hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah dilemparkan dengan Kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan WAIN atau RUM. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan hidangan yang tidak halal kepada orang islam yang lain. Dengan itu saya segera berhenti kerja sebab saya rasa ada tempat lain lagi yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini akan saya kongsikan bagaimana ingin mengetahui Kek yang kita makan mengandungi bahan HARAM tersebut.

Apabila Kek dicampurkan dengan WAIN, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macammana cara untuk memperjelaskan lagi rasanya... OK LA pernah tak anda buat Kek Sponge? (Sponge Cake mix 100gram, air 100ml, telur 100ml, dan minyak 100ml).

Kalau pernah cuba anda gantikan air dalam resipi tadi dengan air pepsi ataupun coke. Insyallah rasa itu akan timbul seakan-akan rasa masam sedikit seperti Kek yang ada WAIN seperti mana yang saya bagitau tadi. Cubalah buat dan simpan rasa itu supaya kita akan lebih berhati-hati dimasa akan datang. Dan tolong sebarkan dan beritahu kepada rakan-rakan anda, saudara anda mahupun keluarga anda yang mana suka sangat makan Kek.

Sekian, Chef Farid.

Mungkin ramai yang tak tahu dan taknak ambik tahu pasal benda ni, jadi kita yang dah tahu perlulah berkongsi maklumat ini kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan orang ramai supaya mereka tahu.. Wallahua'lam.

0 comments:

/