Sunday, 15 April 2012

Google hasilkan Cermin Mata Berinternet



Google dengan rasminya melancarkan cermin mata berinternetnya yang pertama di dunia. Sudah tentunya satu gadget yang unik dan menarik. 

Menurut pihak Google, prototaip cermin mata itu dalah hasil dari sekumpulan penyelidik google yang dinamakan Google X . 


Melalui cermin mata tersebut pengguna boleh mengakses maklumat seperti keadaan cuaca, peta atau arah jalan serta chat dengan rakan-rakan. 

Satu gambaran seperti kamera akan muncul apabila cermin mata ini dipakai serta diaktifkan. Dengan bingkai bewarna perak serta dilengkapi dengan kamera kecil ianya adlah satu pencapaian yang menakjubkan. 

Imej yang keluar dari kamera kecil tidak menganggu pemandangan , sebaliknya merupakan imej yang interaktif di mana si pemakai berhubung dengan dunia luar.

0 comments:

/