Sunday, 22 April 2012

LELAKI: Bila Dalam Hati Ada Taman



Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.. 

Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

0 comments:

/