Wednesday, 25 April 2012

Madah Cinta Inspirasi Jiwa


Cinta sesuatu yang suci. Cinta juga boleh dianggap sumber inspirasi

Cinta ibarat anak kunci hati yang tidak akan mengizinkan semua ketukan lain kecuali cinta itu sendiri dan sang kekasih hati

Walau sekuat manapun cinta kita kepada seseorang, simpanlah sikit rasa keraguan di dalam hati. Agar bila suatu hari nanti kita diuji, kita tidak akan terus jatuh rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bangun semula

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Begitu juga dalam usaha meraih cinta si dia!

Bukan bererti si dia sering memaafkan, kamu terus mengulangi dengan kesalahan yang sama. Belajarlah mencintai tanpa menyakiti sekeping hati.



Jika melepaskannya memang jalan terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tetapi saling mendoakan kebahagiaan masing-masing.

Jangan berubah untuk menyenangkan seseorang yang kau cinta kerana ia mungkin tidak kekal lama. Tetapi berubahlah kerana Allah dan perubahan itu membuat peribadimu menjadi lebih baik.

Cinta sejati dilihat dari tindakan bukan dari sekadar janji-janji manis yang sebenarnya kosong belaka

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Janganlah menangis kerana putus cinta tetapi menangislah kerana dosa yang telah dilakukan semasa bercinta. Yang terbaik, bercintalah mengikut batas agama

Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan

Jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.

Lelaki selesa melafazkan kata CINTA sedangkan perempuan lebih gemar menyembunyikannya tetapi disampaikan melalui renungan matanya

Cinta, sesuatu yang subjektif dan cinta bukanlah sesuatu yang mampu kau jawab dengan logika

Cinta semestinya lebih indah dari tulisan cinta atau madah cinta jiwang yang kau baca ini! :)

0 comments:

/