Sunday, 22 April 2012

Sedarkah kita?



SUATU HARI SEMASA SESI CERAMAH DI KOLEJ.

“Pelajar-pelajar sekalian tolong bantu saya. Saya ini seorang yang pelupa. Diminta untuk diingatkan kembali perkara-perkara penting ini.. Boleh anda semua bantu saya?”

“Boleh…”

Penceramah mula bertanyakan soalan..
“Pada tarikh apa ialah Hari Buruh atau Hari Pekerja yang kita cuti itu?”

“1 Mei..”

“Ooo 1 Mei ya.. Jika begitu, Hari Merdeka pula bila?”

“31 Ogos..”

“Ooo 31 Ogos… dan tahunnya kita merdeka?”

“1957!”

“Ooo 1957… Jika begitu Hari Malaysia pula bila?”

“16 September..!”

“Ooo 16 September.. Itu yang pasangan muda selalu sambut… Apa namanya hari itu?”

“Hari Valentine!”

“Haa… Valentine.. Berapa haribulan disambutnya?”

“14 Februari!”

“14 Februari ya? Bila pula tarikh sambutan Krismas?”

“25 Disember!”

“Ooo 25 Disember ya? Apa yang disambutnya hari itu?”

“Hari raya orang Kristian..”

“Ooo apa yang diraikan?”

“Kelahiran Jesus!”

“Ooo ye ke? Kalau macam itu, nabi Muhammad S.A.W. pula lahirnya pada berapa haribulan?”

“Err… tahun Gajah!”

“Ooo tahun Gajah.. tarikhnya?”

Kelihatan hanya sebahagian yang menjawab…

“12 Rabiulawal!”

“Ok, saya tukar soalan. Tarikh kita mula puasa tahun ini bila?”

“…….”

“Ok, tak apa… Saya tanya lagi.. hari ini bulan apa?”

“Mac…!”

“Ooo itu kalau ikut kalendar Romawi.. Jika kalender Hijrah, bulannya apa?”

“..Err….”

“Ok, saya tukar lagi soalan…Itu kumpulan penyanyi lelaki korea yang pandai menari itu apa nama apa?”

“Super Junior!!”

“Ooo Super Junior.. Anda kenal siapa Luqman al Hakim?”

“TaaaaakKk”

“……”

P/S: Anak zaman sekarang… Agak-agaknya berapa ramai yang sedar akan hakikat ini? salah siapa? tidakkah kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita dimasa akan datang? didiklah anak-anak kita dengan cara yang bijaksana.

0 comments:

/