Wednesday, 25 April 2012

Sejarah dan Idea Hitler tentang Kereta Volkswagen



Idea yang lama. Satu harapan. Paling mudah, paling ringkas dan mampu dimiliki. Kereta rakyat, Volkswagen.

Ketika berada di restoran kat Munich pada musim panas 1932, Adolf Hitler yang gemar melukis tu telah men-design prototype Volkswagen Beetle. Era dimana kereta cuma untuk orang elit yang kaya2, Hitler berpendapat semua orang patut memiliki kereta untuk kemudahan, untuk berseronok dan untuk mengembara!

Hitler kasi design yang dia sketch tu kepada Jakob Werlin yang merupakan boss Daimler-Benz. Ni kira bukan hal main2. Hitler memang amik berat pasal hal kereta ni. Pesanan beliau pada Werlin, "Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don't forget it. I want to hear from you soon, about the technical details".

Selepas Hitler mengambil alih tampuk kuasa di Germany pada taun 1933, beliau memberi lebey tumpuan terhadap "kereta rakyat". Bukan kereta Hitler pon, kereta untuk rakyat beliau guna. Kira kereta mampu dimiliki laa ni. Dengan bantuan design dari Ferdinand Porsche, akhir nyer "kereta rakyat" dihasilkan. Bukan kereta racing macam kereta jenama Porsche tau. Kereta biasa2 aje. Kira kereta paling simple. Untuk rakyat pakai. He he.

Hitler dah kasitau awal2. Beliau nak kereta yang bule bawak 5 orang, laju bule pegi sampai 62mph, fuel consumption nyer membawak kepada 33mpg dan harga nyer cuma 1000 Reichsmark (translate: Reich Mark). Punya laa berjiwa rakyat Hitler ni. Pasal tu ler aku respek sama Hitler ni. Macam2 hal lagi yang buat aku respek ngan Hitler ni. Nanti ler aku buat posting pasal Hitler aje. Well, orang cuma suka dengar spekulasi aje. Mana penah buat kajian pon. Normal laa manusia tipikal ni.

Hasil untuk ciptaan kali ini lebey bagus fuel effeciency nyer, kereta yang bule diharap, mudah untuk digunakan, barangan sparepart yang murah2 dan macam2 lagi aar (Kalu dibandingkan ngan kereta jenama Porsche la). Since ni adalah "kereta rakyat", ada gak buat promosi harga patut. Dengan skim simpanan "Fünf Mark die Woche musst Du sparen, willst Du im eigenen Wagen fahren" (translate: Simpan 5 Mark seminggu kalu korang nak merasa pandu kereta korang sendiri) menarik minat hampir 400,000 orang Germany amik skim simpanan tu. Kira tawaran hebat laa ni. Macam sale kat supermarket.

Sejarah kete ni panjang. Aku pon malas nak check timeline nyer. Banyak perubahan dan modifikasi dilakukan sebelum kuar nyer model pertama tu. Tapi yang buat cerita makin menarik, takde sorang pon dari peserta skim simpanan tu dapat kereta. Kereta yang dah siap tu digunakan untuk Perang Dunia ke-2. Then, kilang kene bom. Bom! Habes cerita. He he.

p/s: Dah lama tak buat posting pasal automotive. Ahh, syok nyer bercerita. For Love of the Automobile (translate ke bahasa German: Aus Liebe zum Automobil) merupakan tagline Volkswagen dulu2.

0 comments:

/