Sunday, 22 April 2012

Siput babi pengintip, sumber tenaga dari darahnya



Anda pasti tahu siput babi adalah binatang yang bergerak perlahan. Dari kajian yang dijalankan oleh saintis di Clarkson University, siput babi boleh bertindak sebagai pengintip atau perkataan femesnya spy sebab kehadirannya tidak diendahkan kerana tidak membahayakan.

Saintis dari universiti itu mendapati kandungan gula di dalam aliran darah seekor siput babi mampu menjana tenaga yang mencukupi untuk menjadi sumber elektrik untuk mengecas semula bateri kamera mini berciri wireless, transmiter elektronik serta alat pengintipan jarak jauh dipasang padanya.

Jadi, mana-mana agen rahsia yang mahu menggunakan siput babi sebagai alat pengintip atau spy gadjet dari kalangan haiwan, boleh mengadaptasi teknologi terbaru ini.

Kajian dilakukan oleh Clarkson Universiti dikira agak berjaya kerana mereka dapat menjumpai tenaga alternatif melalui siput babi. Sumber tenaga dijana dari badan manusia, siput babi atau apa jua makhluk hidup adalah dikenali dengan nama rasmi sebagai biofuel. -Reuters

0 comments:

/