Sunday, 22 April 2012

Tahukah anda Khasiat Belut?



Tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan belut dan sekali gus menjadi pencinta belut. Mudah-mudahan dengan ini, perasaan geli terhadap belut akan segera terhakis dan terkikis. Mudah-mudahan juga, segala pandangan negatif terhadap belut akan segera lebur dan berkubur.

Sejujurnya, saya adalah antara pengemar belut. Setiap kali bercuti di kampung, saya pasti akan mengunjungi mana-mana warung atau restoran yang menyajikan masakan belut. Di sekitar Bachok Kelantan, pelbagai masakan belut dapat dinikmati di beberapa buah restoran dan warung-warung. Antara yang popular ialah sup belut, tom yam belut, belut paprik dan maggi belut. Jujur dan ikhlas, belut sangat enak dan mesra selera.

Khasiat Belut

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. Sumber

0 comments:

/