Thursday, 30 May 2013

Kek Red Velvet versi saya

Assalamualaikum semuaa anda ..

ini bukan pertama kali saya buat kek

ini cuma pertama kali saya buat kek yang ad krim macam ni

saya hanya tau buat kek lapis sahaja :)

maklumalah barang n bahan tak cukup

cacatlah kek saya

tapi sedap !!




tetak lok '',


Resepi kek red velvet:

Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
2 sudu teh pewarna merah 

Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri<sedap lagi guna tepung naik sendiri> (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C



Cara-cara:

1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan C yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.




Buat Topping Kek Red Velvet


Bahan-bahan:

300 ml non diary whipping cream
250 gram Philepdalphia Cream Cheese dan cheese yang hrga RM8 pun boleh
250 gram Mascarpone (jika tiada, abaikan)
50 gram Mentega
1/2 cawan gula aising (nak lebih pun boleh) 


Cara-cara:

1. Putar whipping cream sehingga 'soft peak' and bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk. (putar dan jgn stop2 nnti whipping cream keluar air)

2. Di dalam mangkuk yang lain, putar cream cheese, mascarpone cheese, mentega dan gula sehingga kembang.

3. Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. sedia untuk disapu di atas kek and kalau rajin letaklah corak2 k ..

0 comments:

/